Cari @ Amanz

Redmi Note 8 Pro Mempunyai Belakang Yang Melengkung Empat Bahagian Dan Berwarna Ice Jade

Link Copied!

Redmi Note 8 Pro akan dilancarkan pada 29 Ogos ini. Setakat ini ia telah disahkan akan dijana dengan MediaTek Helio G90T, mempunyai kamera 64MP dan sistem penyejukan cecair. Kamera belakang akan mempunyai empat lensa dan sebelum ia Redmi telah terbit gambar acah yang memperlihatkan lokasi kamera di bahagian tengah peranti.

Menaikkan semangat lagi, Redmi secara rasmi berkongsi imej rekaan belakang peranti ini. Ia menggunakan konsep rekaan seperti Mi 6 dan Mi 9, yang mana melengkung pada keempat-empat bahagian (setiap sisi dan atas & bawah). Warna pula adalah Ice Jade yang mana sedikit mirip dengan warna pada Oppo Reno sebelum ini.

CEO Redmi pula telah memberitahu di Weibo yang Redmi Note 8 Pro akan mempunyai bateri sebesar 4500mAh. Maklumat lanjut hanya akan kita ketahui pada 29 Ogos ini, sama-sama kita nantikan.

Sumber: [1], [2]


Komen ()