Pelan data pada peranti mudah alih biasanya menawarkan kuota yang kecil. Pengguna perlu bijak menggunakan aplikasi bagi memastikan data mencukupi selari dengan belanjawan peribadi. Sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini. Hotlink mengumumkan penawaran data percuma 62GB setiap kali pelanggan melakukan tambah nilai pelan Internet mereka.
Data percuma 62GB diberikan dengan setiap pembelian di bawah pakej HotlinkMU GIGA Sale menerusi aplikasi Hotlink RED. Pakej-pakej yang dijual pada harga RM6-9 ini boleh digunakan sehingga 5 hari. Jika pakej dibeli beberapa kali, data percuma 62GB akan terkumpul. Bagi yang berminat pakej ini ditawarkan hari ini sehingga 25 September 2019.Untuk terma dan syarat lebih lanjut, sila ke pautan laman Hotlink di bawah.