Harga Jualan Oppo A5S Dikemaskini – Kini Berharga RM499

Harga Jualan Oppo A5S Dikemaskini – Kini Berharga RM499

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

Oppo A5S dilancarkan pada bulan April lalu sebelum memasuki pasaran tempatan pada bulan Mei. Pada waktu itu peranti kelas permulaan ini dijual pada harga RM599 sebuah. Pihak Oppo Malaysia kini mengumumkan harga A5S dikemaskini ke RM499 sahaja sebuah

Oppo A5s akhirnya ditawarkan di Malaysia. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.2″ HD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori sebesar 3GB dan storan 32GB.

Kemampuan kamera utama adalah sebesar 13+2 Megapixel f/2.0 manakala kamera swafoto pula adalah sebesar 8-egapixel. Sebuah bateri 4230 mAh membekalkan kuasa pada peranti dengan pengecasan menerusi port mikro-USB. Peranti ini walau bagaimanapun masih menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo dengan pelancar ColorOS 5.2.1. Sebuah pengimbas cap jari turut disertakan pada bahagian belakang. Dua warna ditawarkan iaitu merah da hitam.



TIPS & ULASAN