Carian
Kerajaan Meluluskan Pelaksanaan “ID Digital Nasional”
August 26, 2019 Aman

Kerajaan hari ini mengumumkan yang mana mereka telah meluluskan pelaksanaan ID Digital Nasional, sekaligus akan memudahkan rakyat Malaysia untuk lebih yakin dalam melibatkan diri dalam arena ekonomi digital.

Sebagai langkah pertama untuk perlaksanaan inisiatif ini, kerajaan akan melakukan sebuah kajian selama sembilan bulan, bermula daripada September 2019 ini. Lanjutan daripadanya, ia akan menjadi titik tolak untuk rangka kerja ID Digital Nasional, sekaligus mencadangkan saranan berkenaan pelaksanaan yang memenuhi pelbagai kriteria.

Pada masa yang sama, kerajaan turut menekankan yang mana ID Digital Nasional ini bukanlah pengganti kepada MYKad sedia ada, dan ia tidak akan diwajibkan kepada semua rakyat.

Pos Malaysia MSiD

Sebaliknya, ia akan memudahkan pengguna dalam urusan perniagaan atas-talian atau pembayaran secara digital – memandangkan ID Digital Nasional akan membantu pengguna menggunakan satu ID untuk pelbagai tujuan.

Bercakap mengenai perkara ini, sebelum ini Pos Malaysia telah memperlihatkan prototaip ID Digital Nasional mereka tersendiri yang akan memudahkan pengguna membuat pembayaran dan pengurusan akaun berkaitan edagang, telekomunikasi, kerajaan, kesihatan, dan juga bank.

Pos Malaysia MSiD

Selain Pos Malaysia, beberapa pihak juga dilihat berminat dalam arena ini.

Komen