Redmi Akan Melancarkan Redmi Note 8 Pro Edisi “World of Warcraft”

Redmi Akan Melancarkan Redmi Note 8 Pro Edisi “World of Warcraft”

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

Redmi telah pun hadir dengan beberapa perkongsian dan gambar acah untuk telefon pintar akan datang mereka, iaitu Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro.

Terbaru, pihak Redmi turut berkongsi memperlihatkan yang mana mereka akan turut melancarkan telefon pintar edisi khas untuk Redmi Note 8 Pro, hasil kerjasama dengan pihak World of Warcraft.

Redmi Note 8 WOW

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah rupa bentuk peranti berkenaan, selain apakah ciri menarik yang akan disertakan bersama telefon pintar edisi World of Warcraft ini.

Kita mungkin akan melihat pengenalan beberapa tema dan nada dering mahupun ikon khusus bersempena dengan permainan popular berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Redmi untuk telefon pintar edisi khas ini.


TIPS & ULASAN