Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Permesejan Dinamakan “Threads”

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Permesejan Dinamakan “Threads”

Diterbitkan pada Ogos 27, 2019 oleh .

Facebook mempunyai beberapa aplikasi dibawah mereka yang mempunyai angka pengguna yang tinggi. Terbaru, ia dilaporkan yang mana gergasi perkhidmatan sosial berkenaan sedang membangunkan sebuah aplikasi permesejan khusus yang ditujukan kepada pengguna Instagram, dinamakan sebagai Threads.

Melalui Threads, ia disasarkan untuk berkongsi lebih daripada sekadar teks dan gambar seperti pada perkhidmatan permesejan biasa. Pengguna juga dikatakan boleh berkongsi lokasi semasa, ketahanan bateri peranti dan sebagainya melalui aplikasi berkenaan.

Facebook dikatakan membangunkan aplikasi ini dengan fokus penggunaan dikalangan rakan-rakan rapat – terutamanya senarai “Close Friends” pada aplikasi Instagram. Ini bukan kali pertama Facebook dilaporkan menguji perkhidmatan permesejan khusus untuk pengguna Instagram. Sebelum ini mereka turut pernah menguji sebuah aplikasi berasingan dinamakan sebagai “Direct”, namun tidak diteruskan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan dilancarkan secara rasminya. Facebook sebelum ini turut telah mengumumkan perancangan untuk mengintegrasikan pelbagai aplikasi permesejan mereka – termasuk WhatsApp, sekaligus memudahkan pengguna menghantar mesej antara aplikasi dengan mudah.


TIPS & ULASAN