Pada minggu pertama bulan ini, Google telah menjenamakan semula Google ARCore kepada Google Play Services for AR. Bersama-sama dengan penukaran nama ini, sokongan peranti 60fps dan juga kemampuan menuras konfigurasi kamera berdasarkan sasaran FPS dan juga penggunaan sensor kedalaman.
Terkini, Google telah menambah sokongan realiti terimbuh Google Play Services for AR untuk beberapa peranti baru. Berikut adalah senarai peranti baru yang disokong;
- LG G8S, Style 2, Stylo 5
- Realme X
- Samsung A7 (2018), Galaxy Note10, Galaxy Note10+
- Xiaomi Mi A3
Dengan penambahan sokongan ini, kelebihan akan lebih berpihak kepada Galaxy Note 10+ kerana peranti tersebut mempunyai senor DepthVision untuk mengukur kedalaman dan juga untuk tujuan realiti terimbuh. Antara aplikasi rasmi yang boleh digunakan adalah 3D Scanner daripada Samsung.