Cari @ Amanz

Bagi yang hanya tahu Steve Jobs itu sebagai pengasas Apple, anda salah. Steve Jobs juga merupakan salah seorang daripada pengasas bersama Pixar Animation Studios. Iaitu studio yang menghasilkan animasi 3D popular Toy Story. Jika anda tonton Toy Story sehingga tamat, akan ada satu bahagian kredit yang berterima kasih kepada Steve Jobs dan turut meletakkan beliau sebagai penerbit eksekutif.

Terkini terdapat satu poster Toy Story yang sangat jarang ditemui akan dilelong. Poster ini adalah poster Toy Story dengan tanda tangan Steve Jobs. Saiz poster ini adalah 24-inci x 36-inci dan akan dilelongkan oleh Nate D. Sanders Auctions. Harga bidaan akan bermula dari $25,000, iaitu sekitar RM105,177.50.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd