Hyundai Memperlihatkan Konsep Skuter Elektrik Yang Terbina Dalam Kereta

Hyundai Memperlihatkan Konsep Skuter Elektrik Yang Terbina Dalam Kereta

Diterbitkan pada Ogos 27, 2019 oleh .

Di Malaysia lebih ramai memilih menggunakan kenderaan peribadi berbanding pengangkutan awam. Masa menanti yang terlalu lama dan kegagalan pengangkutan awam mengikut jadual adalah antara sebab utama ini berlaku. Walaupun sudah memandu kereta, ramai pula mencari jalan mudah meletakkan kenderaan di kawasan terlarang kerana malas berjalan. Untuk situasi ini, skuter elektrik yang terbina dalam kereta mungkin penyelesaiannya.

Hyundai telah memperlihatkan konsep skuter elektrik yang disimpan di dalam kereta apabila tidak digunakan. Ia boleh disimpan di dalam pintu. sisi kenderaan atau pada bahagian belakang. Dengan bateri sebesar 10,5 Ah, ia boleh melakukan perjalanan sehingga 20 kilometer dengan sekali caj dan kelajuan maksimum 20 km/j. Menurut Hyundai, skuter ini amat sesuai digunakan untuk sambungan batu terakhir dari tempat meletak kereta ke destinasi.

Skuter ini masih lagi konsep dan adalah kesinambungan kepada konsep asal yang diperlihatkan di CES 2017.  Dengan berat 7.7 kg ia mudah diangkat kerana boleh dilipat tiga apabila tidak digunakan. Ini adalah jalan penyelesaian yang menarik dan mungkin lebih praktikal berbanding menyewa skuter elektrik yang kini ditawarkan di beberapa lokasi di Malaysia.


TIPS & ULASAN