Cari @ Amanz

Huawei MediaPad M5 lite (2019) Turut Dilancarkan – Skrin 8-inci, Empat Speaker Dan RM1299

Link Copied!

Bulan Mac lepas Huawei telah melancarkan tablet harga mampu milik mereka yang baharu di China. Tablet ini adalah Huawei MediaPad M5 lite (2019). Bersama-sama dengan pelancaran Huawei Nova 5T tadi, tablet ini turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Skrin tablet ini adalah 8.0-inci LCD dengan resolusi 1200 x 1920, ia dijana dengan Kirin 710 dan dipadankan dengan memori 3GB dan storan dalaman 128GB. Kamera utama menggunakan lensa 13MP dan kamera swafoto pula adalah lensa 8MP. Bateri tablet ini adalah 5100mAh dan boleh dicas melalui USB-C. Duka citanya, tiada pengecasan pantas disedikan.

MediaPad M5 Lite menjalankan EMUI 9.0 dan ia adalah tablet yang memfokuskan media dan pembelajaran. Speaker Harmon/Kardon untuk pengalaman audio yang hebat dan sokongan M-Pen untuk melukis. Rekaan juga menarik, nipis dan elegan.

Terdapat dua pilihan warna iaitu emas dan perak. Harga jualan adalah RM1299 dan pembeli akan menerima M-Pen dan Huawei Mini Speaker secara percuma. Ia boleh dipra-tempah bermula pada 29 Ogos hingga 5 September.


Komen ()