Dua kemas kini sistem operasi iOS 12.4.1 dan watchOS 5.3.1 telah diberikan oleh Apple hari ini. Kedua-dua bersaiz kecil dan diberikan bagi menampak beberapa kerentanan sekuriti yang membolehkan sistem operasi ini di jailbreak oleh pengguna.
Bagi pengguna iOS, saiz muat turun adalah 102MB manakala bagi pengguna watchOS pula saiz muat turun adalah hanya 55.4 MB. Bagi pengguna yang mementingkan tampalan sekuriti terkini anda disarankan untuk mengemaskini peranti-peranti anda segera. Tetapi sekiranya anda pengguna tegar jailbreak, anda harus mengelak memuat turun kemas kini yang diberikan hari ini.