Realme Memperlihatkan Realme XT Dengan Kamera 64MP

Realme Memperlihatkan Realme XT Dengan Kamera 64MP

Diterbitkan pada Ogos 27, 2019 oleh .

Realme telah pun mengatakan bakal memperkenalkan telefon pintar dengan kamera 64-megapixel pada bulan hadapan. Kini, mereka telah pun mengacah pengenalan peranti berkenaan, dan memperlihatkan rekaan telefon pintar berkenaan.

Realme XT

Realme XT turut membawakan empat kamera pada bahagian belakang, dan dijangka menggunakan sensor utama daripada Samsung untuk kamera mereka. Ia dijangka menawarkan beberapa lensa tambahan, termasuk lensa rakaman ultra-lebar, lensa makro, dan juga lensa rakaman depth.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Realme akan memperkenalkannya secara rasmi. Ia dilihat mereka mengacah peranti ini untuk menjadi lebih awal daripada pihak Xiaomi yang menjadualkan pengenalan Redmi Note 8 Pro mereka pada minggu ini.


TIPS & ULASAN