CIMBClicks telah pun mengumumkan penyelenggaraan untuk aplikasi mudah-alih di Android dan iPhone mereka sejak daripada semalam. Namun, berbeza dengan waktu yang dijanjikan, urusan penyelenggaraan berkenaan dilihat mengambil masa yang lebih lama.
Sehingga ke malam ini, pengguna dilihat masih menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi perbankan berkenaan.
Berbeza dengan semalam, aplikasi CIMBClicks kini tidak memaparkan bilakah ia akan kembali beroperasi seperti biasa, dan sebaliknya sekadar mengatakan ia menghadapi masalah untuk diakses buat masa ini.