Cari @ Amanz

Pos Malaysia hari ini telah memperkenalkan sebuah platform baru yang ditujukan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang membuat penghantaran barangan secara pukal melalui SendParcel.

SendParcel merupakan sebuah halaman sehenti yang memudahkan pengurusan penghantaran barangan oleh PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), selain mana turut memudahkan peniaga mendapatkan kadar penghantaran dengan pantas.

Dengan adanya SendParcel, ia sekaligus lebih memudahkan proses penghantaran kerana borang tidak lagi perlu diisi secara manual, selain turut menyediakan khidmat pengambilan barangan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd