Carian
Google Assistant Kini Boleh Dibisukan Supaya Tidak Mengganggu Ketenteraman Awam
August 28, 2019 Effi Saharudin

Google Assistant baru sahaja dinobatkan sebagai pembantu maya terbaik di pasaran mengalahkan Siri dan Alexa. Ia mampu melakukan pelbagai perkara dengan hanya mendengar arahan suara yang diberikan pengguna. Hari ini Assistant telah dikemaskini dengan ciri yang membolehkan ia dibisukan ketika digunakan.

Dengan ciri ini pengguna boleh memberikan arahan suara tetapi kesemua jawapan yang diberikan Assistant hanya akan dipaparkan dalam bentuk teks. Ini amat berguna di dalam situasi dimana anda tidak mahu jawapan Assistant mengganggu pengguna lain atau ingin jawapan didengari.

Untuk membisukan Assistant lancarkan pembantu maya dengan menekan butang home atau arahan suara “Ok Google”. Tekan ikon talam pada bucu bawah kiri skrin. Kemudian tekan ikon bulat untuk akaun Google anda di bucu atas kanan. Pilih “Assistant” dan kemudian tatal ke bawah untuk mencari “Assistant Devices” diikuti pula oleh “Phone”. Seterusnya pilih “Speech Output” dan di sini pilih “Hands-Free Only”. Kini Assistant anda dibisukan apabila digunakan.

Komen