Carian
Microsoft Menjadualkan Pengenalan Peranti Surface Baru Pada 2 Oktober
August 28, 2019 Aman

Microsoft kini dilihat menjadualkan sebuah acara pengenalan peranti baru di New York City pada 2 Oktober akan datang, dimana ia akan lebih memfokuskan kepada penawaran peranti Surface baru.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang akan disediakan oleh pihak Microsoft melalui Surface baru. Ramai yang menyasarkan Surface Pro baru dengan rekaan yang dikemaskini bakal diperkenalkan pada acara berkenaan.

Selain daripada itu, beberapa desas-desus berkaitan peranti dwi-skrin kedengaran – tetapi ia mungkin terlalu awal untuk melihat Microsoft memperkenalkan Surface dengan sokongan dwi-skrin pada tahun ini.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan 2 Oktober ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Microsoft.

Komen