Kerangka Asokee Mengubah GoPro Menjadi Kamera Digital Biasa

Kerangka Asokee Mengubah GoPro Menjadi Kamera Digital Biasa

Diterbitkan pada Ogos 28, 2019 oleh .

Kamera GoPro mempunyai rekaan tubuh yang padat dan kecil bagi memudahkan ia dijadikan kamera aksi yang tahan lasak. Tanpa kerangka yang besar, ia agak sukar dipegang untuk digunakan mengambil gambar seperti kamera digital biasa. Oleh itu bagi pemilik GoPro yang mungkin ingin menggunakan kamera mereka seperti kamera digital biasa, kerangka Asokee telah dihasilkan.

Kerangka yang diperbuat daripada bahan plastik ini mempunyai rekaan seakan kamera digital bersaiz biasa. Terdapat cagak untuk mikrofon atau flash tambahan pada bahagian atas serta skru untuk tripod pada bahagian bawah. Dua butang fizikal aluminium pada tubuh Asokee membolehkan fungsi GoPro diakses dengan mudah oleh pengguna. Penurus tambahan 52mm juga boleh digunakan,

Asokee sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh dibeli pada harga £29 (~RM 150) sebuah dengan empat warna warna putih, hitam. royal white dan royal black.


TIPS & ULASAN