Huawei bertanggungjawab mempopularkan penggunaan tri-kamera, lensa sudut ultra lebar dan juga warna cerun pada telefon pintar. Mereka mungkin akan melancarkan P30 Pro dengan rekaan dwi-tona seakan sebuah peranti pixel. Rekaan ini telahpun dipatenkan oleh mereka ke badan EUIPO. Sepertiga bahagian atas peranti akan mempunyai warna berbeza dengan bahagian bawah.
Bagi mereka yang baru mengenali peranti Huawei, sebenarnya rekaan dwi-tona pernah digunakan pada P8, P9 dan P10. Perbezaannya adalah panel kaca pada tiga peranti di atas adalah kecil jika dibandingkan dengan yang ditemui pada peranti Pixel. Rekaan mungkin telah dipatenkan tetapi tidak bermakna ia akan dihasilkan.