Carian
Telefon Samsung Galaxy M Akan Datang Dijangka Hadir Dengan Bateri 6000mAh
August 28, 2019 Aman

Selain penawaran telefon pintar dibawah siri Galaxy A, Samsung juga turut mempunyai penawaran menarik dibawah siri Galaxy M dengan tanda harga lebih kompetitif.

Terbaru, selain kemaskini untuk keluarga Galaxy A, Samsung juga dilihat dalam persediaan memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Galaxy M.

Melalui gambar terbaru yang hadir ke arena web, ia memperlihatkan yang mana Samsung akan memperkenalkan Galaxy M20s atau M30s tidak lama lagi, yang mana akan memfokuskan kepada penawaran bateri bersaiz besar – sehingga 6000mAh.

Penawaran peranti seumpamanya semestinya akan diminati ramai pengguna yang berurusan diluar pejabat setiap hari, dan memerlukan tenaga bateri peranti yang tinggi setiap hari.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Komen