Realme baru sahaja memperkenalkan Realme 5 dan Realme 5 Pro di India pada minggu lepas. Terkini, pengeluar peranti berkenaan turut telah mula mengacah pengenalan satu lagi telefon pintar baru di China pada 5 September ini.
Dinamakan Realme Q, info mengenainya masih tidak diketahui lagi. Ia tidak diketahui sama ada peranti ini akan eksklusif di China sahaja, atau akan menjadi peranti Realme 5 yang dijenamakan semula untuk pasaran China.
Selain Realme Q ini, ramai peminat Realme juga turut menantikan pengenalan Realme XT yang membawakan kamera 64-megapixel bersama-sama dengannya. Realme mungkin memperkenalkan kedua-dua peranti ini pada acara berkenaan kelak.