Cari @ Amanz

Dua lagi kamera digital baharu dilancarkan oleh Canon pagi ini. Canon EOS 90D ialah DSLR dengan sensor 32.6-Megapixel APSC yang menyokong rakaman video 4K 30FPS. Bagi rakaman gambar pula, ia boleh mengambil sehingga 10 bingkai sesaat. Kesemuanya diproses menggunakan pemproses DIGIC 8. Seperti kesemua kamera digital yang dilancarkan tahun, 90D menyokong pemindahan menggunakan WiFi, bluetooth atau sambungan berwayar menerusi port USB-C.

Canon EOS M6 Mark II pula ialah kamera nircermin dengan sensor 32-Megapixel dan cip pemproses imej yang sama. Kerana ia menggunakan pengatup elektronik, ia boleh mengambil sehingga 30 bingkai gambar sesaat dengan keupayaan rakaman video 4K 30FPS.

Kedua-dua kamera turut dilengkapi skrin LCD sesentuh sebesar 3″ yang boleh dilaraskan mengikut keperluan. Canon EOS 90D akan mula dijual September ini dengan harga bermula $1199 (~RM5048) tanpa lensa. Canon EOS M6 Mark II pula dijual pada harga bermula $849.99 (~RM3578) tanpa lesa juga bermula September.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd