Cari @ Amanz

Telegram sebelum ini telah berkongsi secara ringkas untuk memperkenalkan kriptowang mereka tersendiri, dinamakan Gram. Kini, mengikut laporan NYTimes, Telegram diperkatakan menyasarkan menawarkan Gram dalam tempoh dua bulan akan datang.

Pada masa yang sama, Telegram turut dikatakan akan menawarkan dompet digital Gram kepada pengguna Telegram seluruh dunia.

Sebelum ini, Telegram telah mengumpulkan dana sebanyak $1.7 bilion daripada para pelabur dalam membangunkan projek kriptowang mereka tersendiri ini. Menurut beberapa dokumen, ia dikatakan Telegram akan menawarkan Gram kepada pelabur sebelum 31 Oktober 2019 atau memulangkan kembali wang kepada para pelabur.

Dengan penawaran kriptowang kepada pelabur, ia akan memberikan kemudahan untuk menjual Gram kepada pengguna lain, atau turut menggunakannya dalam urusan jual-beli.

Info penuh mengenai Gram ini dijangka akan dikongsikan apabila ia dilancarkan kelak. Selain Telegram, pihak Facebook juga turut telah mengumumkan perancangan mereka dalam arena kewangan melalui penawaran Libra.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd