Honor Band 5 Berharga RM149 Di Malaysia

Honor Band 5 Berharga RM149 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 28, 2019 oleh .

Honor turut mempunyai penawaran gelang-tangan pintar mereka tersendiri, iaitu Honor Band. Versi terkini, iaitu Honor Band 5 telah pun dilancarkan di China pada Julai lepas, dan ia bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada penghujung minggu ini di Malaysia.

Menariknya, melalui penyenaraian awal Honor Band 5 di laman rasmi Honor Malaysia, ia memperlihatkan yang mana Honor Band 5 akan berharga RM149 di Malaysia – lebih kurang sama seperti Xiaomi Band 4.

Honor Band 5 hadir dengan skrin sentuh 0.95-inci berwarna, dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 20 hari lamanya, selain dilengkapi sejumlah sensor seperti pengimbas nadi dan juga sensor SpO2.

Honor Band 5

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan gelang tangan pintar dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menyemak penawaran Honor Band 5 ini.


TIPS & ULASAN