Cari @ Amanz

Vivo telah pun sedia mengacah pengenalan Vivo Nex 3 sejak beberapa minggu ini, dan hari ini, salah satu saluran YouTube, iaitu MrWhosetheboss berkongsi video nyah-kotak dan pandang pertama untuk telefon pintar berkenaan.

Buat masa ini, spesifikasi penuh telefon pintar berkenaan tidak dikongsikan lagi. Apa pun, video berkenaan memperlihatkan secara ringkas rekaan telefon pintar Vivo akan datang berkenaan.

Vivo Nex 3 dilihat hadir dengan rekaan skrin melengkung ditepi, selain menawarkan rekaan skrin menyeluruh. Bahagian kamera hadapan disembunyikan melalui kamera pop-naik.

Vivo Nex 3

Vivo Nex 3

Pada bahagian belakang pula, Vivo menggunakan rekaan kamera yang diposisikan dalam panel bulat. Telefon pintar ini juga turut menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm bersama-sama dengannya.

Vivo Nex 3

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Vivo Nex 3 akan dilancarkan secara rasminya, dan apakah spesifikasi penuh yang akan disertakan bersama-sama telefon pintar Vivo Nex 3 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd