Cari @ Amanz

Gojek merupakan salah satu syarikat di Indonesia yang memfokuskan kepada seru-motosikal, selain turut menyediakan sejumlah kemudahan melalui aplikasi dari segi perkhidmatan tempahan makanan, penghantaran barangan, dan sebagainya. Sebelum ini juga, terdapat perbincangan di Malaysia dalam usaha turut membolehkan Gojek menawarkan perkhidmatan di sini.

Buat masa ini, Gojek sedia menerima pelaburan daripada beberapa pihak, termasuk Google. Terbaru, menurut laporan WSJ, ia dikatakan Amazon turut sedang berbincang untuk membuat pelaburan pada Gojek.

Sekiranya benar, maka ia akan membolehkan Amazon turut mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena edagang di Indonesia.

Pada hari ini, persaingan edagang di Indonesia adalah sangat tinggi dengan syarikat seperti Tokopedia, Lazada, Shopee dan sebagainya. Sekiranya pelaburan ini berhasil, maka ia akan membuatkan Amazon memposisikan kedudukan mereka dalam keaadaan yang agak unik memandangkan Gojek turut meliputi infrastruktur dan logistik di Indonesia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd