Insta360 Go Adalah Kamera Aksi Stabil Bersaiz Ibu Jari

Insta360 Go Adalah Kamera Aksi Stabil Bersaiz Ibu Jari

Diterbitkan pada Ogos 28, 2019 oleh .

Insta360 sedia terkenal dengan pelbagai jenis kamera aksi. Kebanyakan kamera Insta360 mampu merakam rakaman 180-360 darjah yang mana adalah amat berbeza dengan banyak kamera aksi lain.

Terkini, mereka telah melancarkan Insta360 Go. Ia adalah kamera aksi stabil bersaiz ibu jari. Insta360 Go bukan sahaja kecil, tetapi juga mempunyai berat bawah 20 gram. Kamera ini mampu membuat pelbagai jenis rakaman seperti Timelapse, Hyperlapse, gerak perlahan dan banyak lagi dengan resolusi sehingga HD penuh 30fps.Ia turut boleh digunakan untuk mengambil gambar dengan resolusi sehingga 3040 x3040.

Kamera ini hanya mempunyai satu lensa dan tidak seperti produk Insta360 yang lain. Pada bahagian belakang terdapat port magnetik untuk tujuan pengecasan atau disambungkan pada mana-mana aksesori. Ia juga hadir bersama-sama dengan pod pengecasan yang mempunyai kepala lightning terbina. Untuk Android kabel USB-C disedikan, agar lebih mudah untuk berkongsi video dan simpan.

Insta360 mempunyai kemampuan bateri yang boleh mengambil rakaman sebanyak 200 klip sehari. Masa pengcasan kamera mengambil masa hanya 20 minit, tetapi pod pengecas mengambil masa satu jam. Teknologi Bluetooth yang digunakan adalah Bluetooth 4.0, yang mana agak lapuk. Memori terbina pula hanya terdapat 8GB sahaja.

Menjadikan kamera ini lebih menarik adalah, ia bersaiz kecil dan mempunyai teknologi penstabilan imej FlowState. Hasil rakaman tidak akan bergegar atau kabur, walaupun pengguna lasak bergerak. Harga jualan adalah $216, iaitu sekitar RM910.


TIPS & ULASAN