Fitbit Versa 2 Diperkenalkan Dengan Skrin OLED, Integrasi Alexa

Fitbit Versa 2 Diperkenalkan Dengan Skrin OLED, Integrasi Alexa

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Fitbit sedia menawarkan sejumlah peranti boleh-pakai, dan terkini mereka telah pun melancarkan jam tangan pintar terbaru mereka dinamakan Fitbit Versa 2.

Fitbit Versa 2 hadir dengan rekaan skrin berbentuk empat-segi dengan menggunakan panel OLED, selain dikatakan menawarkan masa penggunaan bateru sehingga lima hari lamanya. Ia turut menawarkan sokongan skrin sentuh untuk kawalan sejumlah perkara, selain pengguna turut boleh memberikan arahan suara untuk membuat beberapa kawalan. Fitbit menjayakan arahan kawalan suara ini melalui integrasi Alexa padanya.

Fitbit Versa 2 juga turut hadir dengan sokongan kalis air sehingga kedalaman 50 meter, selain menyertakan sensor pengimbas nadi bersama dengannya.

Sejumlah ciri baru turut hadir pada Fitbit Versa 2 ini, termasuk salah satunya adalah Smart Wake yang menawarkan penggera pintar berdasarkan kepada data tidur anda.

Fitbit Versa 2

Buat masa ini, Fitbit Versa 2 hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran Fitbit Versa 2 di Malaysia tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN