Carian
Dua Kamera Nircermin Sony A6600 Dan A6100 Dilancarkan Dengan Sensor 24.2 Megapixel
August 29, 2019 Effi Saharudin

Semalam Panasonic dan Canon melancarkan kamer digital merek aynag terkini. Hari ini giliran Sony pula melakukan perkara yang sama dengan pengumuman Sony A6600 dan A6100. Kedua-dua kemera digital nircermin ini mempunyai kemampuan rakaman video 4K 30FPS.

Sony A6600 hadir dengan sensor 24.2-Megapixel APSC Exmor dengan cip pemproses imej Bionz X. Ia mampu mengambil gambar pada kadar 11 bingkai sesaat dan vide0 4K 30FPS. Terdapat bicu audio untuk mikrofon dan sebuah skrin sesentuh 3″ pada kamera ini. Selain itu kamera yang menggunakan E-Mount ini turut mempunyai kemampuan kalis debu dan percikan air. Sistem penstabilan imej dalam tubuh (IBIS) pula memastikan gambar dan video yang diambil sentiasa tajam dipadankan pula dengan sistem pemfokusan Eye-AF.

Sony A6100 pula menggunakan sensor 24.2 Megapixel APSC Exmor tetapi tanpa sistem pentasbilan imej dalam tubuh (IBIS). Kemampuan rakaman video adalah sama begitu juga dengan penggunaan lensa E-Mount. Sebuah skrin LCD sebesar 3-inci pada bahagian belakang yang boleh diputar ke hadapan untuk pengambilan swavideo yang lebih mudah. Akhir sekali terdapat bicu untuk mikrofon pada bahagian sisi.

 

Kamera Sony A6600 dijual pada harga bermula $1400 (~RM5908) tanpa lensa manakala Sony A6100 pula dijual pada harga bermula $750 (~RM3165) tanpa lensa.

 

Komen