Chromecast Generasi Pertama Tidak Akan Lagi Menerima Kemas Kini Perisian Utama

Chromecast Generasi Pertama Tidak Akan Lagi Menerima Kemas Kini Perisian Utama

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Chromecast dilancarkan enam tahun yang lalu bagi membolehkan sebarang TV dengan sambungan HDMI berubah menjadi sebuah TV pintar. Kandungan dari YouTube, Netflix, Spotify dan laman web misalnya bole distrim ke TV dengan hanya cukup mudah. Bagi mereka yang masih menggunakan Chromecast generasi pertama, berita buruk bagi anda ialah Google tidak akan lagi memberikan kemas kini versi perisian utama.

Sebaliknya Google hanya akan memberikan kemas kini tampalan sekuriti dan pepijat yang lebih wujud. Penamatan sokongan versi perisian utama ini ditemui oleh laman 9to5 Google yang menyedari Chromecast generasi pertama masih menggunakan versi  1.36.159268. sedangkan Chromecast Ultra sudah menggunakan versi 1.42.168007. Tetapi sokongan sistem operasi yang diberikan kepada Chromecast generasi pertama sebenarnya adalah jauh lebih lama berbanding hanya dua tahun pada majoriti peranti Android.



TIPS & ULASAN