Apple Mengumumkan Langkah Meningkatkan Privasi Pengguna Siri

Apple Mengumumkan Langkah Meningkatkan Privasi Pengguna Siri

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Beberapa minggu lalu Apple didedahkan mendengar audio yang dirakam dari pengguna Siri bagi menambah baik kemampuan pembantu maya ini memahami arahan yang diberi. Ini menimbulkan kerisauan pengguna bahawa perbualan mereka telah dirakam tanpa diketahui sekaligus menimbulkan keraguan mengenai keseriusan Apple tentang privasi pengguna.

Apple hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini dan akan memperkenalkan beberapa langkah baru bagi mengurangkan kerisauan pengguna mengenai privasi mereka. Pertama sekali Apple tidak akan lagi merakam audio arahan yang diberikan kepada Siri sebaliknya akan hanya bergantung kepada manuskrip yang dijana secara automatik.

Kedua pengguna akan diberikan pilihan untuk membenarkan audio mereka direkod bagi membolehkan Siri diperbaiki. Pengguna yang sama kemudian boleh mengubah fikiran pada bila-bila masa. Akhir sekali hanya kakitangan Apple akan dibenarkan mendengar audio mulai saat ini dan bukan lagi kontraktor luaran. Audio yang direkod kemudian akan dipadam.

Dengan pengenalan tiga langkah ini Apple berharap pengguna akan kembali memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjaga privasi seperti yang diiklankan selama ini.


TIPS & ULASAN