Carian
Fitbit Versa 2 Berharga RM998 Di Malaysia – Mula Dijual 15 September
August 29, 2019 Aman

Fitbit telah pun melancarkan jam tangan pintar terbaru mereka, Fitbit Versa 2 secara rasminya pada awal pagi ini. Selari dengannya, kini Fitbit turut telah mengumumkan yang mana jam tangan pintar berkenaan akan dijual di Malaysia mulai 15 September ini pada harga RM998.

Fitbit Versa 2

Fitbit Versa 2 hadir dengan rekaan jam empat-segi, dilengkapi panel OLED, dan menjanjikan masa penggunaan sehingga lima hari lamanya. Ia turut hadir dengan aplikasi Spotify untuk memudahkan anda mengawal muzik, selain Alexa untuk memudahkan anda memberikan arahan suara kepadanya untuk mengawal sejumlah perkara.

Jam tangan pintar ini turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri pintar, termasuk untuk memantau aktiviti tidur, memantau kadar denyutan nadi, selain kalis air sehingga 50 meter.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Versa 2 pada harga RM998, selain versi Versa 2 Special Edition pada harga RM1068.

Komen