Microsoft Melancarkan Mod Tema Gelap Untuk Semua Produk Microsoft 365 – Bermula Dengan Outlook

Microsoft Melancarkan Mod Tema Gelap Untuk Semua Produk Microsoft 365 – Bermula Dengan Outlook

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Dengan populariti mod tema gelap pada banyak aplikasi iOS dan Android, Microsoft turut mengemaskini produk-produk mereka dengan sokongan mod tema gelap. Kemaskini bermula dengan aplikasi Outlook untuk iOS dan Android yang diedarkan hari ini.

Menurut Microsoft, mod tema gelap ini terdiri daripada spektrum warna grayscale dan pelbagai warna cerun lain. Ia bukan sahaja untuk menjimatkan bateri peranti tetapi juga untuk keselesaan mata pengguna. Oleh yang demikian, antaramuka yang lebih gelap telah pun diperkenalkan sejak Office 2010. Mod ini turut akan hadir pada aplikasi-aplikasi web Microsoft 365.

Untuk aplikasi-aplikasi lain Microsoft 365 seperti Word, Excel, OneNote, PowerPoint, SharePoint, OneDrive, Planner, dan To-Do pada peranti mudah alih – mod tema gelap akan diedarkan pada pelancarasn iOS 13 kelak. Aplikasi Outlook pada Android, mod ini akan diaktifkan secara automatik jika mod penjimatan bateri dihidupkan atau jika Android 10 akan datang – ia akan diubah mengikut tetapan tema.


TIPS & ULASAN