Carian
YouTube Menguji Fungi “Add to Queue” Pada Versi Web
August 29, 2019 Effi Saharudin

Sebelum tidur kami biasanya akan menghabiskan masa menonton video di YouTube. Kami lebih gemar menonton YouTube pada televisyen menggunakan Chromecast kerana beberapa video boleh disusun untuk dimainkan mengikut urutan ia dipilih. Fungsi “Add To Queue” ini akhirnya diaktifkan pada versi web untuk tempoh masa terhad.

Menerusi fungsi ini, pengguna boleh memilih susunan video yang ingin ditonton. Pengguna hanya perlu menekan menu tiga butang pada video yang ingin dimasukkan ke dalam senarai susun. Untuk menikmati fungsi ini anda perlu pergi ke www.Youtube.com/new dan mengaktifkannya terlebih dahulu. Ujian fungsi ini akan diberikan hanya sehingga 10 September.

Komen