Cari @ Amanz

Kecil-kecil cili padi ia peribahasa popular di Malaysia dan ia sesuai digunakan pada Epson EF-100 yang akhirnya memasuki pasaran tempatan semalam. Projek yang hanya selebar 27cm dan sebesar 2.7 kilogram ini adalah projektor 3LCD yang terkecil di dunia.

Sungguhpun bersaiz padat, ia masih boleh melontar imej dengan saiz sehingga 150 inci (dari jarak 3.41m) dengan keterangan sehingga 2000 lumen. Dengan rekaan sisi berkotak EF-100 boleh diletakkan rata pada permukaan meja degan imej dipancarkan pada permukaan dinding atau diletakkan menegak untuk melontar imej ke permukaan siling bilik tidur.

Di Malaysia EF-100 ditawarkan pada harga RM3999 sebuah dalam warna putih dan hitam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd