Cari @ Amanz

Akui sahaja anda antara jutaan pengguna yang menggunakan penuras mengubah jantina yang diperkenalkan Snapchat beberapa bulan yang lalu. Kini anda tahun sama ada anda lebih hensem atau jelita jika dilahirkan dengan pasangan kromosom berbeza. Tetapi anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah penuras realiti terimbuh ini dihasilkan atau ingin menghasilkannya sendiri.

Sekiranya anda merasakan diri anda cukup kreatif, Snap telah melancarkan Lens Studio 2.1  yang merupakan versi terkini perisian desktop untuk menghasilkan penuras untuk Snapchat. Versi terkini ini hadir dengan enam templat baharu, 14 Landmarkers dan pelbagai lagi alatan yang akan membolehkan penuras yang lebih menarik dapat dihasilkan ,

Antara templat baharu yang diperkenalkan ialah Face In Video yang menjejak wajah dalam vide0, Hair Colour yang mengubah warna rambut dan Skeletal yang menjejak imej 2D pada kepala, leher dan tangan. Perisian Lens Studio 2.1 boleh dimuat turun percuma menerusi pautan di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd