Cari @ Amanz

Selain daripada Redmi Note 8, Redmi TV turut dilancarkan hari ini. Jelas di sini Redmi ingin kembangkan lagi barisan produk mereka dengan memperkenalkan pelbagai produk daripada pelbagai variasi. Sebelum ini, mesin basuh turut mereka jual.

Redmi TV adalah televisyen pintar dengan skrin 70-inci dengan resolusi 4K HDR, ia mempunyai enjin pemprosesan imej Picture Quality Engine yang dikuasakan oleh cip empat-teras Amlogic 64-bit 1.5GHz dan GPU Mali-450 MP3, memori 2GB RAM dan storan dalaman 16GB. Televisyen ini mempunyai 3x port HDMI, 2x port USB-A, menggunakan teknologi Bluetooth 4.2, dan WiFi 802.11 b/g/n/ac.

PatchWall adalah sistem operasi yang digunakan pada televisyen ini, sama seperti Mi TV. Sistem audio pula adalah Dolby Audio dan turut menyokong audio DTS-HD. Paling menarik adalah, harga jualan hanya RMB3,799 iaitu sekitar RM2,242.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd