RedmiBook 14 Enhanced Edition Dilancarkan – Intel Core i7 Generasi 10, Warna Baharu, Sekitar RM2359

RedmiBook 14 Enhanced Edition Dilancarkan – Intel Core i7 Generasi 10, Warna Baharu, Sekitar RM2359

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Beberapa hari yang lepas, Redmi telah mengacah yang mereka akan mengemaskini RedmiBook 14 mereka dengan spesifikasi yang lebih baik. Hari ini bersama-sama dengan Redmi Note 8 dan Redmi TV – RedmiBook 14 Enhanced Edition telah dilancarkan.

Komputer riba ini dijana dengan cip Intel Core i7 Generasi Ke-10 dan dipadankan dengan cip grafik NVIDIA MX250. Memori pula adalah 8GB RAM dan storan dalaman 512GB SSD. Nampaknya tiada warna cerun diperkenalkan, tetapi warna merah jambu dan kelabu telah ditambah sebagai warna pilihan. Harga jualan pula adalah RMB4,999, iaitu sekitar RM2,949.

Untuk variasi yang murah, terdapat juga RedmiBook 14 yang dijana cip Intel Core i5 Generasi Ke-10, cip grafik NVIDIA MX250, memori 8GB RAM dan pilihan storan dalaman 256GB atau 512GB. Harga jualan pula adalah RMB3999 (~RM2359) dan RMB4,499 (~RM2,654).


TIPS & ULASAN