Cari @ Amanz

Peranti realiti terimbuh (augmented reality) Microsoft HoloLens 2 mula diperkenalkan di acara Mobile World Congress pada awal tahun ini, dan hadir dengan beberapa penambahbaikan berbanding dengan model sebelum ini.

Terkini, di acara World Artificial Intelligence Conference yang sedang berlangsung di Shanghai, Harry Shum, timbalan presiden eksekutif Microsoft mengumumkan bahawa Microsoft akan mula menjual peranti Microsoft HoloLens 2 tersebut bermula bulan September kelak.

Peranti ini akan dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 850 dan akan hadir bersama-sama dengan paparan dalaman beresolusi 2K. Selain dari itu, peranti ini juga akan disertakan bersama perisian Unity Pro dan Unity PiXYZ Plugin untuk CAD, disamping sokongan untuk teknologi grafik Unreal 4.

Harry Shum turut mendedahkan bahawa Microsoft HoloLens 2 ini akan dijual pada harga $3500 (~RM14000) dan akan dipasarkan untuk pereka dan pembina digital profesional.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd