Cari @ Amanz

Samsung Malaysia kini hadir dengan promosi khas untuk telefon pintar Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+. Bagi anda yang melakukan pembelian sehingga 2 September 2019 ini, anda berpeluang untuk menikmati perlindungan untuk peranti anda untuk tambahan setahun.

Samsung Galaxy Note 10

Selain perlindungan tambahan selama setahun, promosi ini juga turut menawarkan perlindungan skrin selama satu kali. Keseluruhan penawaran ini bernilai RM280.

Samsung mengatakan pengguna yang berminat boleh ke mana-mana Samsung Experience Stores, dan mendapatkan Galaxy Note 10 mereka antara hari ini sehingga 2 September kelak, sekaligus menikmati promosi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd