Cari @ Amanz

Apple hari ini telah pun mula menghantar jemputan media untuk acara pada 10 September (11 September mengikut waktu Malaysia), dimana gergasi perkomputeran berkenaan dijangka memperkenalkan iPhone generasi baru pada acara berkenaan.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dijangka memperkenalkan tiga variasi telefon pintar iPhone 11, dimana dua model akan hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi dan panel OLED, sementara satu model dengan panel LCD.

Apple turut dijangka menyertakan tri-kamera pada iPhone utama mereka, selain kemaskini dari segi spesifikasi dan sejumlah penawaran baru.

Hal ini sekaligus akan membawakan bentuk rekaan yang serba baru pada iPhone tahun ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 11 September ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Apple melalui iPhone 11 yang baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd