Carian
Nike Memperkenalkan Kasut Swaikat Yang Boleh Dikawal Menggunakan Apple Siri
August 30, 2019 Aman

Nike sebelum ini telah memperlihatkan beberapa kasut dengan sokongan motor khusus bagi membantu pengguna swaikat dan ketatkan kasut berkenaan ketika dipakai. Terbaru, mereka turut hadir dengan penawaran baru dinamakan Nike Adapt Huarache.

Nike Adapt Huarache

Menariknya mengenai kasut ini adalah ia menyertakan beberapa ciri-ciri yang boleh dikawal menggunakan aplikasi khusus. Pengguna boleh membuat perubahan warna LED pada bahagian bawah kasut mengikut kegemaran mereka, selain pada masa yang sama turut memilih mod penggunaan – seperti sedang berjalan atau berlari.

Nike Adapt Huarache

Menariknya juga, Nike turut mengintegrasikan sokongan Siri pada kasut ini. Ia sekaligus membolehkan pengguna iPhone mengawal kasut swaikat ini menggunakan arahan suara, sebagai contoh untuk membuka kasut berkenaan.

Buat masa ini, Nike belum mengumumkan harga jualannya lagi. Ia akan ditawarkan oleh Nike bermula 13 September kelak.

Komen