Carian
Razer Kini Menawarkan Kerangka Telefon Pintar Dengan Rekaan Permainan Video Kegemaran
August 30, 2019 Effi Saharudin

Razer ialah syarikat yang terkenal dalam penghasilan aksesori komputer yang menyasarkan peminat permainan video. Hari ini mereka mengumumkan penjualan kerangka telefon pintar peranti dengan rekaan rasmi dari pelbagai permainan video popular. Kerangka yang dihasilkan adalah Tough Case yang melindungi kerosakan jika peranti terjatuh dan Lite Case bagi mereka yang tidak mahu peranti kelihatan terlalu tebal.

Buat masa ini mereka menawarkan dari siri Street Fighter, Overwatch, Starcraft II dan banyak lagi. Kerangka boleh dipesan oleh pemilik iPhone X. XR. XS. XS Max, Pixel 2 XL, Huawei P10 Plus, Galaxy S10 dan S10+. Aneh sekali mereka tidak menjual kerangka untuk telefon Razer Phone mereka sendiri. Kerangka boleh dipesan menerusi laman Razer dengan harga juala bermula dari $40 (~RM 169) sebuah.

Komen