Jam Tangan Garmin Fenix 6, 6S Dan 6X Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999

Jam Tangan Garmin Fenix 6, 6S Dan 6X Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999

Diterbitkan pada Ogos 30, 2019 oleh .

Garmin melancarkan tiga jam tangan pintar di bawah keluarga Fenix 6 hari ini di Malaysia. Pelancaran ini serentak dengan pengumumannya secara global awal pagi ini. Garmin Fenix 6, Fenix 6S dan Fenis 6X adalah tiga jam tangan pintar yang menyasarkan individu yang banyak melakukan aktiviti senaman dan luar yang lasak.

Fenix 6X Pro Solar ialah model paling premium lengkap dengan kemampuan dicaj menggunakan kuasa solar menerusi panel kaca Power Glass pada muka jam. Fenix 6X Pro Solar dan Fenix 6X kedua-duanya dilengkapi skrin 1.4″ berbentuk bulat dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 21 hari dengan sekali caj dengan 6X Pro Solar mampu bertahan 3 hari lebih lama kerana panel solar terbina. Antara fungsi yang disokong ialah menjejak nadi, GPS, pemetaan, penstriman muzik dan mod menjejak pelbagai aktivi sukan. Terdapat penawaran kerangka dan juga tali yang diperbuat daripada logam titanium.

Fenix 6 dan Fenix 6S pula masing-masing ditawarkan dengan skrin sebesar 1.3″ dan 1.2″ berwarna. Perbezaan yang terletak pada saiz skrin, bahan binaan skrin, kemasan tubuh dan tiadanya panel solar pada skrin jam. Garmin menawarkan pilihan skrin yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 3 ataupun nilam yang lebih tahan lasak.

Kesemua model Fenix 6 yang dilancarkan di Malaysia hari ini hadir dengan fungsi tambahan lain seperti lebih 2000 peta pusat ski di seluruh terbina, kemampuan mengesan kepekatan oksigen dalam darah, PacePro yang membantu pengguna melakukan larian terbaik bergantung kepada keadaan, mengesan pola tidur dan Body Battery yang memberitahu pengguna jumlah tenaga pada tubuh ketika melakukan aktiviti luar.

Di Malaysia Garmin Fenix 6S dan Fenix 6 dijual pada harga di antara RM2999-RM3950. Garmin Fenix 6X pula dijual pada harga RM4199 manakala Fenix 6X Pro Solar pada harga di antara RM4699-RM5699.


TIPS & ULASAN