Microsoft Akan Memperkenalkan Mod Tablet Dengan Antaramuka Baharu Untuk Windows 10

Microsoft Akan Memperkenalkan Mod Tablet Dengan Antaramuka Baharu Untuk Windows 10

Diterbitkan pada Ogos 30, 2019 oleh .

Windows 10 menyokong mod tablet yang mempunyai antaramuka yang berbeza jika dibandingkan dengan mod desktop. Sebagai pemilik kompute riba r 2+1 yang boleh berbuah menjadi tablet, antara perkara yang menjengjelkan kami ialah mod tablet yang sedikit sukar digunakan. Perbezaan antaramuka yang besar membuatkan proses pembelajaran agak perlahan. Windows 10 Insider Preview Build 18970  mod tablet baharu telah diperkenalkan.

Mod ini lebih mirip kepada antaramuka desktop dengan hanya ruang di antara ikon pada taskbar kini lebih besar. Ini memudahkan proses menekan ikon dengan jari tanpa perlu risau tertekan ikon yang terletak bersebelahan. Kotak carian akan dipaparkan dalam bentuk ikon dan butang untuk papan kekunci maya akan dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian sisi kanan skrin. Sebuah lagi perubahan ialah File Explorer akan dioptimasikan untuk penggunaan secara sesentuh.

Microsoft telah mengesahkan ini adalah antaramuka baharu untuk mod tablet kelak. Bagi mereka yang menggemari rekaan mod tablet lama, mereka masih boleh memilih untuk menggunakannya. Dengan dua pilihan mod tablet, pengguna akan boleh memilih antaramuka mana yang lebih mudah sesuai dengan keperluan kerja.


TIPS & ULASAN