Gimbal Telefon Pintar Zhiyun Smooth-Q2 Boleh Disimpan Di Dalam Poket

Gimbal Telefon Pintar Zhiyun Smooth-Q2 Boleh Disimpan Di Dalam Poket

Diterbitkan pada Ogos 30, 2019 oleh .

Gimbal membolehkan rakaman video yang lebih stabil dan dinamik. Tetapi rungutan utama pemilik gimbal ialah ia tidak mudah untuk dibawa kemana-mana dan mustahil untuk disimpan di dalam kocek. Seperti Barney Stinson. Zhiyun menyahut cabaran yang dianggap mustahil ini dengan melancarkan Zhiyun Smooth-Q2.

Gimbal bersaiz kecil ini hanya seberat 450 gram dan diperbuat daripada logam aluminium. Ia boleh disimpan di dalam poket tanpa perlu dilipat terlebih dahulu. Bateri sebesar 4500 mah yang digunakan pula memberikan tempoh operasi sehingga 16 jam dan dicas semula menggunakan port USB-C. Smooth-Q2 boleh digunakan pada kesemua telefon pintar yang mempunyai berat maksimum 260 gram.

Fungsi menarik yang boleh dilakukan gimbal ini ialah mod timelapse, panorama, putaran 360 darjah da menjejak pergerakan subjek secara automatik. Zhiyun kini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter bagi meneruskan projek. Gimbal kompak ini boleh anda miliki pada harga bermula HKD854 (~RM460) sebuah.


TIPS & ULASAN