Cari @ Amanz

Pada bulan Julai lalu, Nubia ada memberi petanda yang mereka akan hadir dengan sebuah peranti yang dijana Snapdragon 855+. Tetapi langsung tiada maklumat yang diberikan sehinggalah hari ini.

Terdapat satu poster yang muncul di arena web, berkenaan Nubia Red Magic 3S. Kita sudah tahu yang siri Red Magic adalah peranti mercu dan Red Magic 3 sudah pun dilancarkan. Ini bermakna Red Magic 3S berkemungkinan besar adalah peranti yang dijana Snapdragon 855+. Nubia Red Magic 3 sedia terkenal dengan harga peranti gaming yang paling murah. Malah, lebih murah dari Black Shark 2 Pro.

Masih tiada maklumat lagi berkaitan peranti ini, apa-apa pun mari kita nantikan pengumuman rasminya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd