Imej Pengolokan Realme Q Mengesahkan Yang Ia Hanyalah Realme 5 Pro Yang Dijenamakan Semula

Imej Pengolokan Realme Q Mengesahkan Yang Ia Hanyalah Realme 5 Pro Yang Dijenamakan Semula

Diterbitkan pada Ogos 30, 2019 oleh .

Semalam telah kami laporkan yang Realme mengesahkan peranti baharu mereka Realme Q, akan dijana dengan Snapdragon 712. Realme Q adalah peranti pertama dalam barisan produk Q dari Realme, peranti apakah ini?

Baru-baru ini, Realme di Weibo telah menerbit poster dengan imej pengolokan buat peranti ini. Daripada apa yang diacahkan, jelas sekali peranti ini adalah Realme 5 Pro yang dijenamakan semula untuk pasaran China. Informasi lain yang disahkan adalah, kamera pada peranti adalah 48MP. Jika ia benar adalah Realme 5 Pro, peranti ini turut akan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0.

Kemudian terdapat pula individu berkongsi imej sebenar Realme Q. Secara tidak langsung mengesahkan yang ia benar-benar adalah Realme 5 Pro. Maklumat lanjut hanya akan kita ketahui pada 5 September kelak, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN