Berita tentang kewujudan Samsung Galaxy A90 5G telah kami ketahui sejak Mei lalu. Ia adalah peranti pertama dari siri Galaxy A yang berspesifkasi tinggi. Rekaannya akhirnya tertiris selepas dimuat naik awal di laman Samsung.Ia mengesahkan penggunaan skrin bertakuk Infinity-V yang besar, sistem kamera utama yang disusun menegak dan panel belakang dengan rekaan dua tona.
Sebelum ini kedengaran ura-ura Galaxy A90 5G akan dijana oleh cip Snapdragon 855 bagi membolehkannya memainkan permua pada tetapan tertinggi. Seperti Huawei, Samsung nampaknya menggunakan strategi melancarkan beberapa model peranti berspesifikasi mercu di luar siri tradisinya ialah Galaxy S atau Galaxy Note.
Strategi mereka menjual Galaxy M dan Galaxy A pada tanda harga lebih munasabah tahun ini telah mendatangkan kesan positif pada jumlah jualan peranti. Mungkin dengan Galaxy A90 5G, peranti mercu Samsung yang lebih mampu milik akan menjadi realiti.
Confirm. pic.twitter.com/8sL3QOnxb3
— 萌萌的电教 (@MMDDJ_) August 30, 2019