Carian
Ini Mungkin Adalah Telefon Mercu Seterusnya Daripada Sony Selepas Xperia 1
September 1, 2019 Aman

Sony sebelum ini agak aktif dalam pengenalan telefon pintar baru. Namun, dengan pegangan pasaran peranti mudah-alih oleh Sony yang semakin merudum, ia dilihat mereka telah mula mengurangkan fokus terhadap arena berkenaan.

Sony Xperia 1 sendiri dijangka hadir ke Malaysia sekitar Oktober kelak, dan menariknya kini ia dilihat Sony telah dalam persediaan untuk memperkenalkan pengganti untuk Xperia 1 tersebut.

Xperia IFA 2019

Melalui beberapa gambar yang hadir ke arena web, ia dilihat Sony akan memperkenalkan telefon mercu mereka pada acara IFA 2019 minggu ini.

Ia dijangka mengekalkan rekaan 21:9 seperti pada Xperia 1, dan pada masa yang sama menyertakan tri-kamera belakang padanya.

Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, dan kita akan mendengarnya pada acara IFA 2019 yang dijangka bermula 5 September ini.

Komen