TCL Dijangka Memperkenalkan Telefon Pintar Berjenama Sendiri Pada IFA 2019
September 2, 2019
Lain-lain
Peranti
Aman
TCL merupakan salah satu pengeluar televisyen yang popular, selain pada masa yang sama turut melesenkan beberapa jenama popular seperti Alcatel dan juga BlackBerry. Terbaru, ia turut dilihat yang mana TCL akan hadir dengan telefon pintar berjenama tersendiri mereka.
TCL dijangka membuat pengumuman telefon pintar terbaru mereka, termasuk dengan sokongan rangkaian 5G pada acara IFA 2019 bermula 5 September ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya kejutan yang disediakan oleh pihak TCL. Sebelum ini, mereka telah memperlihatkan beberapa konsep peranti dengan skrin boleh-lipat, yang mana kita mungkin akan turut melihatnya pada IFA 2019 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.